Powered By Blogger

Tuesday, October 28, 2014

2014 New Xperia

 Gambar: dari SONY Malaysia
Pada awal 2014, Vivaz aku telah merosakkan dirinya. Dengan sedih campur gembira (sedih sebab habis duit beli henfon baru, gembira sebab dapat henfon baru), aku membawa diri ke bandar Tawau dan dengan bajet RM800, aku men'servey' henfon dari Oppo, Lenovo, Xiaomi dan tentu sekali Sony. Setelah 2-3 hari berpusing-pusing aku, membeli sebuah Sony Xperia E1, versi AP dengan harga yang berbaloi, RM350.

Henfon ni entry-level, iaitu kelas bawah Xperia L aku tapi spec dia hampir nak sama. Aku akan terangkan kelebihan dia dulu. Prosessor Cortex A-7 1.2GHz dwi teras (lagi pantas dari Xperia L aku), prosessor grafik Adreno 305 (sama dengan Xperia L), bateri dengan kapasiti 1750Mah (sama dengan Xperia L), kepadatan piksel sama (240dpi), speaker 100dB, lebih kompak, ada native app to SD dari sony dan paling last, dia boleh upgrade ke Android 4.4.2 Kitkat iaitu version paling best.

Tapi kamera dia resolusi rendah (3.2 vs 8.0), tiada kamera depan, tiada NFC, tiada butang kamera, tiada flash kamera, skrin lebih kecil (4.0 inci vs 4.3 inci), setoran dalaman lebih rendah (4GB vs 8GB), RAM lebih rendah (512MB vs 1024MB), body dia plastik ringan, padat tetapi rasa lembut.

Apa-apa pon aku dah cukup puas hati dengan Xperia E1 ni, dah la murah, banyak function pulak tu, tapi mungkin dengan aku tak lama, lepas aku repair Vivaz aku tu, aku plan nak bagi kat adik aku.

Status: Digunakan (September 2014)