Powered By Blogger

Tuesday, October 28, 2014

2014 New Xperia

 Gambar: dari SONY Malaysia
Pada awal 2014, Vivaz aku telah merosakkan dirinya. Dengan sedih campur gembira (sedih sebab habis duit beli henfon baru, gembira sebab dapat henfon baru), aku membawa diri ke bandar Tawau dan dengan bajet RM800, aku men'servey' henfon dari Oppo, Lenovo, Xiaomi dan tentu sekali Sony. Setelah 2-3 hari berpusing-pusing aku, membeli sebuah Sony Xperia E1, versi AP dengan harga yang berbaloi, RM350.

Henfon ni entry-level, iaitu kelas bawah Xperia L aku tapi spec dia hampir nak sama. Aku akan terangkan kelebihan dia dulu. Prosessor Cortex A-7 1.2GHz dwi teras (lagi pantas dari Xperia L aku), prosessor grafik Adreno 305 (sama dengan Xperia L), bateri dengan kapasiti 1750Mah (sama dengan Xperia L), kepadatan piksel sama (240dpi), speaker 100dB, lebih kompak, ada native app to SD dari sony dan paling last, dia boleh upgrade ke Android 4.4.2 Kitkat iaitu version paling best.

Tapi kamera dia resolusi rendah (3.2 vs 8.0), tiada kamera depan, tiada NFC, tiada butang kamera, tiada flash kamera, skrin lebih kecil (4.0 inci vs 4.3 inci), setoran dalaman lebih rendah (4GB vs 8GB), RAM lebih rendah (512MB vs 1024MB), body dia plastik ringan, padat tetapi rasa lembut.

Apa-apa pon aku dah cukup puas hati dengan Xperia E1 ni, dah la murah, banyak function pulak tu, tapi mungkin dengan aku tak lama, lepas aku repair Vivaz aku tu, aku plan nak bagi kat adik aku.

Status: Digunakan (September 2014)

Tuesday, June 10, 2014

My new Sweet Heart

Sony Xperia L (C2105)

Ciri-ciri asas:
skrin TFT LCD 4.3 inci
resolusi 480 x 854 pixel
kamera 8 megapixel (belakang), 0.3 megapixel (depan)
sensor cahaya dan proximity
notifikasi LED
processor 1.03GHz dwi teras
RAM 1GB (820MB untuk pengguna)
Setoran 8GB (5.57GB untuk pengguna)

 Akhirnya, pada bulan julai 2013, aku berjaya memiliki smartphone android. ini adalah pertama kali bagi aku. Ni bukan smratphone pertama aku tapi smartphone pertama yang aku guna ada capacitive touchscreen (lebih sensitif dari resistive toucescreen vivaz aku), datang dengan android 4.1.2 jellybean (first time aku pakai android, upgrade jadi 4.2.2 jellybean), processor melebihi 1GHz dan dwiteras, ada kamera depan, skrin dia pon besar (1.1 inchi lagi luas dari vivaz), reka bentuk Arc lawa, kepekatan pixel sama ngan vivaz (229ppi), video record pon sama ngan vivaz HD (720p tapi 30fps berbanding vivaz 24fps) ada NFC (boleh sentuh fon sama fon), 3G 21Mbps, dan last sekali dia support wifi b/g/n (laju gila ni) sama hotspot.

Lain-lain yang aku leh cakap pasal henfon ni adalah ia satu upgrade bagi aku yang dah lama pakai vivaz, xperia l ni kira ok la walaupun aku beli 2nd hand. Aku memang snetiasa beli 2nd hand, murah sikit dari yang baru, dan semua henfon yang aku beli warna merah, tak tahu la kenapa macam tu. dapat free memory card 8GB, screen protector baru, kotak, silicon case dan charger sama kabel. sayangnya warranty ngan earfon dia dah hilang (sebab tu owner asal jual). Dah tu pulak, cover belakang dia calar sikit. harga dia aku beli RM699.00. murah la sebab kedai jual baru RM859.00.

Sekarang fon ni la flagship aku, modem aku, walkman aku, pendek kata semua keja yang vivaz kena tanggung dulu tolak kat fon ni, vivaz tu pulak rosak port charger, nak baiki tunggu duit gaji masuk dulu. tapi vivaz aku xde plan nak buang. sekarang ni aku pakai cedar, vivaz ngan xperia l, 2 yang lama untuk call, xperia l plak untuk jadi modem bergerak kau.

Status: Flagship baru (2013-?)