Powered By Blogger

Monday, July 26, 2010

Lawak Katak

Adalah seorang saintis muda yang baru lulus daripada universiti. Disebabkan beliau teramatlah sukakan binatang, maka banyak kajian yang beliau buat adalah tentang binatang. Satu hari, beliau teramat takjub dengan kebolehan katak membuat lompatan. Sayugia, beliau pun mengkaji kehebatan katak melompat. Beliau mengambil seekor katak dan menyukat sejauh mana lompatan katak tersebut.

"Hey katak, lompat kehadapan",jerit saintis tersebut. Lalu katak pun melompat. Setelah itu, beliau menyukat jarak lompatan katak tersebut.

Sambil mencatat dalam buku beliau, "Well done. Katak dengan 4 kaki, jarak lompatan 2 meter"

Setelah itu beliau memotong salah satu kaki katak tersebut dan meletakkan semula tempat beliau membuat ujian.

"Hey katak, lompat kehadapan",jerit saintis tersebut. Lalu katak pun melompat lagi. Setelah itu, beliau menyukat jarak lompatan katak tersebut.

"Hem.... bagus. Katak dengan 3 kaki, jarak lompatan 1.5 meter"

Setelah itu beliau memotong lagi salah satu kaki katak tersebut dan meletakkan semula tempat beliau membuat ujian.

"Hey katak, lompat kehadapan",jerit saintis tersebut. Lalu katak pun melompat dengan 2 kaki sahaja. Setelah itu, beliau menyukat jarak lompatan katak tersebut.

"Hem.... great. Katak dengan 2 kaki, jarak lompatan 1 meter".

Setelah itu beliau memotong lagi kaki katak tersebut dan meletakkan semula tempat beliau membuat ujian.

"Hey katak, lompat kehadapan",jerit saintis tersebut. Lalu katak pun melompat dengan 1 kaki. Setelah itu, beliau menyukat jarak lompatan katak tersebut.

"Hem.... good. Katak dengan 1 kaki, jarak lompatan 0.5 meter".

Setelah itu beliau mengambil katak tersebut dan memotong kaki katak yang penghabisan dan meletakkan ditempat ujian.

"Hey katak, lompat kehadapan". Tapi kali ini tidak ada tindak balas daripada katak tersebut. Beliau pun meninggikan suara dan mengarahkan katak tersebut untuk melompat. Tapi hasilnya tetap sama. Tidak ada tindak balas daripada katak tersebut.

Lalu beliau pun mengambil nota dan menulis

KATAK TANPA KAKI RUPA-RUPA NYA PEKAK!!!!

Wednesday, July 14, 2010

Mengatasi Konflik Jiwa Remaja

Peringkat umur remaja dikatakan banyak terdedah kepada tekanan sama ada dari segi fizikal dan mental yang boleh menyebabkab konflik jiwa. Persoalannya, adakah mestinya setiap remaja menghadapi konflik jiwa? Adakah remaja yang tidak lansung menghadapi konflik jiwa.
Untuk menjawab persoalan ini, pertama kita mestilah menjawab apakah yang menyebabkan konflik jiwa wujud pada remaja. Konflik jiwa terjadi apabila tiada keseimbangan di dalam diri individu. Dalam diri remaja, keadaannya menjadi lebeh tenat kerana pada peringkat usia ini, banyak perubahan berlaku yang menambah lagi keruncingan keadaan.
Usia remaja adalah usia di mana seseorang individu itu mencari identiti diri. Jika sejak kecil dia sering dihargai dengan apa yang wujud dalam dirinya, dia akan terus mempunyai hormat diri yang tinggi. Dia menghargai keunikan diri dan mengambil identiti diri yang menyokong perasaan hormat diri yang tinggi itu. Remaja sebegini akan berusaha memperkukuhkan gambaran positif dirinya itu dengan membabitkan diri di dalam kegiatan memperkukuhkan identiti dirinya.
Jika sebaliknya yang berlaku, iaitu sejak kecil remaja itu tidak berasa dirinya istemewa atau dihargai, dia akan berasakan kekeliruan wujud dalam dirinya. Teutama jika remaja itu hanya mendapat perhatian apabila dia melakukan kesalahan atau kejahatan dan dikecam kerana itu.
Disebabkan anggapan dan harapan yang diletakkan ke atasnya, lama-kelamaan remaja itu mengambil identiti tidak baik. Apabila ini digambarkan dalam minda megenai dirinya, dia akan melakukan perbuatan memperkukuhkan tanggapan itu. Maka wujudlah dia sebagai remaja, beridentiti tidak sehat itu.
Baru-baru ini, saya mengadakan kursus motivasi di sebuah sekolah menengah. Hati saya tersentuh melihat tingkah laku setengah pelajar itu terutama mereka yang baru masuk sekolah menengah. Mereka ini baru masuk alam remaja. Mana tidaknya, kerana ternyata pelajar itu cuba berlagak seperti budak nakal dan mengambil identiti itu kerana terlalu jelas, mereka menyangkakan tingkah laku itu hebat dan bijak atau cool.
Ternyata mereka keliru dengan apa sebenarnya baika dan apa yang buruk. Tekanan daripada kawan (peer pressure) menyebabkan mereka berlagak seperti itu. Ini terjadi kerana sedari kecil, mereka tidak dikaitkan dengan 'jelas' mengenai indentiti yang baik.Kekeliruan mungkin wujud dalam mencari identiti diri, ini ditambah dengan perubahan fisiologi yang membabitkan peningkatan hormon, sedikit sebanyak menimbulkan kesan pada diri remaja terbabit. Ketika peringkat ini perasaan yang sebelum ini tidak pernah wujud pada jiwa remaja mula bertapak.
Salah satu contoh kesan peningkatan hormon ini ialah perasaan meminati jantina yang berlawanan serta perkara yang bersangkut dengan sek.
Jika ibu bapa bijak, remaja akan dipimpin dalam menangani perasaan yang asing ini. Ibu bapa matang akan membantu remaja berkenaaan, menerima perasaan itu sebagai sesuatu yang lumrah dan tidak sepatutnya berasa bersalah atau malu.. Kemudiannya ibu bapa akan membantu nenunjukkan jalan untuk memahami, mengawal dan menanganinya. Jika ibu bapa kurang bijak menangani perkara ini, disinilah satu punca tekanan yang menghasilkan konflik jiwa remaja.
Untuk mewujudkan keseimbangan pada diri induvidu, kekuatan dan kemantapan perlu dalam tiga aspek iaitu segi fizikal, mental dan emosi (termasuk rohani). Apabila salah satu atau lebihdaripada ketiga-tiga aspek initidak stabil maka tekanan akan berlaku. Seperti kes remaja prodigi yang memberontak, kemungkinan beliau mengalami tekanan jiwa hasil daripada perasaan perlu mencapai tahap kecemerlangan yang sentiasa tinggi. Mungkin ketika tekanan itu berlaku beliau tidak mendapat sokongan emosi berpadanan dengan tekanan yang diterima.
Lagi tinggi pencapaian perlu dicapai, algi tegap perlunya kemantapan sokongan emosi yang menjadi tunjang atau dasar kepintaran itu. Cara didikan ibu bapa penting dan utama dalam kewujudan konflik diri anak terutama remaja.
Ibu bapa dominan, alpa dan leka menyebabkan anak tertutup jiwa mereka. Hati mereka luka dan menunggu saat saja seperti gunung berapi untuk meletup. Remaja tidak dihargai keunikan dan identiti mereka akan berasa tertekan.
Remaja dilayan seperti kanak-kanak kecil akan menyebabkan mereka berasa ibu bapa tidak bijak. Ibu bapa dominan sering memaksa anak mengikut saja arahan mereka. Hasilnya, anak terutama remaja mencari jalan untuk keluar dari genggaman kuku besi itu.
Untuk menjadi ibu bapa yang bijak perlukan seseorang itu banyak mencari ilmu. Banyak berfikir dengan matang. Cara terbaik, sentiasa merapati diri dengan anak sejak masih kecil dan hormatkan mereka sebagai seorang induvidu yang mempunyai harga diri, hormat diri dan ruang mereka sendiri.
Anak bukan hak kita tetapi tanggungjawab kita! Selain itu adalah amat penting untuk kita melengkapkan diri untuk contoh yang baik untuk diikuti.


Remaja yang tiada konflik diri akan:

Berdikari
Mengambil tanggungjawab dan memenuhinya
Bangga dengan kejayaan yang dicapai
Menghadapi cabaran baru dengan penuh bersemanggat
Menghormati orang lain
Mudah bergaul dan dirapati
Dapat menunjukkan pelbagai emosi dan perasaan
Dapat menerima dan bertolak ansur dengan kehampaan
Berkeyakinan mempengaruhi orang lain
Mempunyai pendirian


Sementara remaja yang penuh konflik diri pula akan:

Memandang rendah pencapaian sendiri
Berasa tidak dihargai
Menjauhkan diri daripada orang lain - tidak mahu bergaul
Tidak bermaya
Mudah dipengaruhi
Tidak menunjukkan emosi yang luas
Tidak mahu mengambil atau memikul tanggungjawab
Mudah kecewa dan menyalahkan orang lain
Suka bergaduh dan mengeluarkan kata-kata kesat
Hanya mementingkan diri sendiri
Memang tidak dapat dinafikan bahawa membesarkan anak dan mengasuh mereka bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu adalah amat penting kita sebagai ibu bapa sentiasa mencari jalan, menembah ilmu dan kebijaksanaan kita di dalam mengharungi kemelut ini.

Friday, February 26, 2010

Projek BEDIL

Objektif

Menghasilkan sejata yang murah, senang digunakan, berkesan dan sesuai bagi muka bumi Malaysia.

Fasa 1

1- Menghasilkan serbuk letupan yang berkesan.
2- Menghasilakn fius secara wayar atau elektrik.
3- Permulaan Projek BEDIL, meriam ringan (55mm), pengisian manual, tanpa alur, recoile mechanism, kemungkinan menggunakan wayar dan untuk tembakan langsung sahaja.
3- Laras meriam, peluru bulat, dan mekanisma pelancaran setaraf meriam abad ke-19 dengan teknologi abad ke-21 (APFSDS) untuk peperangan anti-kereta kebal.
4- Recoile mechanism kemungkinan dari penyerap hentak kenderaan ringan (kereta atau motosikal).
5- Stand untuk kenderaan (tripod atau bertayar) dengan jarak maksimum 250 meter.

Fasa 2

1- Anti-Personel Multi-Barreled Mortar (APMBM) System.
2- Mortar ringan (50mm-80mm) dengan laras sebanyak 8 hingga 9 dan bersifat lupus-guna.
3- Pengisian standard, peluru dengan ball-bearing (20-50 biji setiap peluru) atau cutter (10 bilah setiap peluru). Pengisian ujian, peluru bulat.
3- Jarak kebersanan 50 hingga 100 meter sahaja dengan mekanisma tembakan elektrik.
4- Laras adalah dari besi, dengan stand tanpa tayar.
5- Sesuai untuk menghalang kemaraan tentera musuh, sejata untuk pertahanan.

Saturday, February 13, 2010

Couple dalam Islam

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta. Saling mengungkapkan rasa sayang (I love you) serta rindu, yang kemudiannya akan biasanya berakhir dengan maksiat (walaupun berpegang tangan).


CINTA, Fitrah Setiap Manusia,
MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah untuk mencintai jantina yang berlawanan.

Sebagaimana firmanNya: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (syurga) (Ali Imran: 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah).

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

ALLAH berfirman: Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik (ar-Rahman: 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyampaikan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1. Menundukkan pandangan.

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya: Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30).

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman: Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 31).

2. Menutup aurat.
ALLAH berfirman: Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31).

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita.
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya: Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4. Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim).

Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).

5.Tidak melunakkan ucapan (percakapan).
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT: Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam
hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir: Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya (Tafsir Ibnu Kathir 3/350).

6.Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis.
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir).

Berkata Syaikh al-Albani Rahimahullah: Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya (Ash-Shohihah 1/448). Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata: Demi ALLAH,
tangan Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat (Hadis Riwayat Bukhari).

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan erbicara,
sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji/kemaluan yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud).

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana FirmanNya: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk (al-Isra: 32).


Hukum Bercouple (Berpasang-pasangan)
SETELAH memerhatikan ayat Quran dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1. Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.

3. Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan
kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5. Bercouple termasuk dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu
hanya berjabat tangan.

6. Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang
dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama

Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersanda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya: Jika ada seseorang lelaki yang
berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau: Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam
itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya
untuk menghindari surat-menyurat, pembicaraan melalui telefon serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan diri kita.

Syaikh Jibrin juga ditanya: Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau: Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya
Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:

Tidak boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, sifat, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum
menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan sifat calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk
menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda: Cintamu pada sesuatu membuatmu buta
dan tuli.

Fenomena Couple
Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan Sunnah RasulNya. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya
sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

Sumber rujukan: jiwamerdeka.blogspot

Friday, February 5, 2010

Mengawal Nafsu Amarah

Nafsu amarah manusia ialah apa yang dikenali sebagai kemahuannya (keinginan dirinya) yang berada pada jiwanya sendiri. Ia boleh diumpamakan seperti musuhnya yang sentiasa menunggu peluang untuk membinasakan dan menyerangnya. Justeru itulah mereka yang bijak, ialah yang berjaya mengawal dirinya (nafsunya) dengan panduan agama dan menyediakan bekalannya (amalan ketakwaan) seberapa banyak yang boleh. Manakala mereka yang bodoh sombong itu, akan mengikuti segala kemahuan dan keinginan nafsunya sambil berangan-angan kosong. Sebab itu dalam satu hadis Rasulullah SAW memperingatkan bahawa peperangan kita melawan kaum kuffar itu masei dikira kecil dan mudah jika dibandingkan dengan perjuangan seseorang menentang nafsunya sendiri yang sentiasa berada bersamanya.

Nafsu dijadikan bertujuan untuk mengawal manusia dari sebarang serangan, bukan untuk menyerang, apa lagi mereka yang tidak menyerang kita. Dengan nafsu juga manusia akan berlumba dan bersaing untuk mencapai sebarang kejayaan untuk dirinya. Apa yang menjadi isunya bila nafsu itu disalahgunakan bukan pada tempatnya. Sebab itu bila para sahabat bertanya Rasulullah, "Adakah seorang yang melepaskan keinginan nafsunya pun mendapat pahala?" Sabdanya: Apakah kamu tidak fikir sekiranya digunakannya nafsu tersebut pada tempat yang haram, bukankah seorang itu beroleh dosa? Jawab mereka, "Bahkan", Maka sabdanya lagi: begitulah juga sekiranya nafsu itu disalurkan menurut landasan yang dibenarkan, tentu ada baginya pahala.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Melainkan terhadap pasangan (isteri dan suami) mereka atau hamba kepunyaan mereka, (dengan itu) mereka tidak dicela, tetapi mereka yang melanggar sempadan tersebut itulah mereka yang melampaui batas (maksud Al-Quran Surah al-mukminun ayat 5-7). Menurut para ulama nafsu itu banyak tingkatannya:

1) Nafsu amarah iaitu yang menyeru kepada kejahatan semata-mata.

2) Nafsu lawamah ia itu yang cuba menentang kejahatan dan mencela dirinya sendiri bila terlanjur.

3) Nafsu mutmainnah iaitu yang tenang dan patuh mengikuti arahan Allah dan sentiasa kembali kepada Tuhannya. Nafsu mutmainah inilah akan di jemput mengadap Allah dan bersama dalam kumpulan hambaNya dalam syurga. Untuk mendidik nafsu ammarah tersebut amatlah sukar melainkan mereka yang sanggup melalui perjuangan atau mujahadah dengan bantuan rahmat dari Allah SWT. Sehubungan ini Allah berfiman bermaksud: Mereka yang berusaha dan berjuang pada jalan Kami, akan Kami tunjuki jalan-jalan Kami (Surah al-Angkabut ayat 69) Dan firman- Nya lagi bermaksud, "Tiadalah aku membersihkan nafsuku kerana nafsu itu sangat mengarahkan kepada kejahatan melainkan mereka yang dirahmati Tuhanku (Surah Yusuf ayat 53). Dan firman-nya lagi yang bermaksud: Berjayalah mereka yang dapat membersihkannya (Surah al-Syamsi ayat 9). Wallahualam.