Powered By Blogger

Saturday, January 17, 2015

Motorsikal Pertamaku

Pada tanggal 2 April 2014, aku menjejakkan kaki ke bumi Sabah. Kini bergelar seorang guru, aku berfikir mengenai tempat tinggal dan kenderaan. Rumah sewa akhirnya dapat pada hari ke tiga aku di sabah atas usaha Ustaz Busu yang mengenali tuan rumah itu. Kini tinggal kenderan pula.

Fikir punya fikir, aku akhirnya diberikan loan oleh mak aku untuk sebuah motorsikal ke tempat kerja. Dengan rasa riang ria hari raya, aku berbekalkan RM5000.00 pergi ke pekan Kunak pada 14 April 2014 dan setelah membelek-belek motor2 di kedai tu, aku hanya ada beberapa pilihan. Aku beli ni harga cash termasuk roadtax dan insurans third party.

1.) Honda EX5 (2014)------RM4500.00
2.) Suzuki Smash Revo (2013)------RM4450.00
3.) Sym Bonus 110 (2014)---------RM3500.00

Memandangkan bajet pon tak berapa nak ada, aku amik pilihan no 2 sebab honda tu tauke kedai cakap tak ada aksesori lagi, manakala Sym pula tauke kedai ckp blok enjin cepat rosak. tunggu punya tunggu, pada 16 April 2014, segala urusan selesai dan aku bawak dia balik ke rumah. Kini, aku telah memiliki motorsikal sendiri pada umur 24 tahun. Ada rezeki, upgrade motor 150cc ke atas la pulak.

Masa aku beli ni la spek basic dia:
Panjang: 1 915 mm (75.4 in)
Lebar: 655 mm (25.8 in)
Tinggi: 1 050 mm (41.3 in)
Wheelbase: 1 230 mm (48.4 in)
Berat kering: 95 kg (209 lbs)
Enjin: Air/oil-cooled 110 cc single cylinder SOHC, 2 valves. 9.7 hp (7.2 kW)/ 9,000 rpm, 10 Nm (1.0 kg-m)/ 7,000 rpm.
Clutch: SAPECS (Suzuki Advanced Power Engagement Clutch System)
Gear: 4-Speed (rotary gear) 

Suspension Depan: Telescopic, coil Spring, oil Damper
Suspension Belakang: Swingarm, coil spring
Brek Depan Drum 

Brek Belakang Drum 
Tayar Depan 70/90-17 33P
Tayar Belakang 80/90-17 43P
Tayar Spoked
Unleaded Petrol (91 Octance)
Kapasiti Tangki 4.3 Liters


Dah pakai dekat setahun ni, memang tak ada masalah besar. Cuma aku baru tahu motor ni resale value dia rendah berbanding honda atau yamaha dan spare part dia pon susah nak cari yang original. Top speed paling laju aku bawak 120km/h jalan nak pergi tawau. Walaupun agak laju, tapi lepas aku balik dari tawau tu, tetiba je enjin rasa semput dan tak kuat nak jalan. Memang tak boleh bawak jalan jauh motor ni. Setakat penggunaan minyak tu, 5 ringgit boleh jalan dalam 120km tapi lelama dah bawak boleh pergi 150km. Harga minyak masa tu RM1.90, lepas naik RM2.10 tu kurang la skit jalan dia tapi still 120km ke atas tangki penuh dengan kelajuan 70km/h hingga 80km/h.

Lampu belakang stylish jugak la kalau dibandngkan dengan Honda EX5 baru.

Depan dia memang stylo habis.

Kalau tengok dari tepi dan banding dengan LC kat belakang tu, memang hampir sama tinggi dua2.

Dari tepi, bawah seat dia ada tempat barang, helmet tak muat tapi baju hujan muat la.

 Meter dia lawa woo, simple je display tapi tak berapa nak tepat top speed dia.


Nota Tambahan:
Pada  16 Mac 2015 lalu, aku telah membuat percubaan mengeringkan tangki motor melalui perjalanan Kunak-Tawau-1/2 Semporna-Kunak. Berdasarkan trip tu, walaupun ada masa aku bantai full throttle, satu tangki penuh (4.3 liter) boleh pergi maksimum 217km. kena berhenti kejap isi minyak spare masa kat tengah jalan. Kalau ikut katalog, 42km/l tapi pengiraan aku pulak 50km/l. Satu lagi, top speed sangatlah mengecewakan, meter motor tunjuk 110km/h tapi gps clock pada 90km/h.